Saturday, May 1, 2010

Mathematic and Worksheets

Learning mathematics nowdays are different from early years. Today, students do not interested learning in classroom. For those who went for tuitions, they have learned ahead three to four topics in advance. This happened because during school holidays in November anda December they have start their tuition classess.
School open in January and they have finished learn those topics. So, when they come to school, are they willing to learn the same topic again and again ? What will happen to those that do no go for tuition ? How about the teacher ? Should the teacher go with the minority or the majority ?

Boring ? Sure this will happen. What can the teacher do ? My answer for this questions are :
Students who went for a tuition should :-
  1. remain in class but do extra questions or worksheets
  2. do difficult questions or exercises
  3. can be temporary teacher in class to help other students who are weak in certain topics
  4. able to explain with many example that relate to real life situation ( this is due to the longer time they have learn the topics and should capable to relate to real life situations)
Mathematics comes with examples to make the topics interesting and meaningfull.

Friday, April 30, 2010

Renungkan ye ....

Hebat rasanya kalau berjaya siapkan homework yang diberi cikgu. Matematik, kadang kala rasa susah tapi ada kalanya senang pulak. Pelik ya. Ramai yang anggap matematik subjek yang sukar. Sukar nak faham,susah nak dapat jawapan apatah lagi jawapan betul.....workings untuk soalan jika kertas 2, jangan cakaplah. Tah apa-apa yang ditulis. Main taram je. Asal ada ditulis kat atas kertas sudah le. Macam mana nak ubah drp susah ke senang ? Semuanya memerlukan sikap kerajinan yang tinggi. Setinggi Gunung Everest malah lebih tinggi drp itu.

Tuesday, July 21, 2009

Difficulty or difficulties

In a real life situations, we are facing difficulty or difficulties in fullfill people wish or wishes. Some people say i am happy but others we are not ! So, what is the best way o make other people happy when we ourselves are not happy ! Should we do what people want us to do or
STOP doing those things that we SHOULD NOT DO !!
Mathematics.......learning it seems difficult....when we are NOT learning it , surely MORE DIFFICULT ! How to make it Easy ?? Do you find learning computer easy at the first time ? NO for those who are not interested and EASY who find it usefull for them in future ( like me ). Everything is up to themselves. For these, I would like to THANK YOU our mantan Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad........THANK YOU TUN !!! Because of TUN ( introducing the MSC ) me myself and others who gain profit...MONEY, $$$$$$$$ .........can have a good life. THANK YOU TUN !
But there are a lot outside there who really do not realised the MAN who behind the MSC history...... To me, TUN DR. MAHATHR......you are really somebody that are too far beyond what people think of. Your mind are too fast to be followed......thats why, PPSMI are being stop in 2012. Sad to hear that TUN . Actually , the decission made is not being made in proper way. That is my opinion. If there are other people who are not happy with me , let it be. You have your own opinion. To me and what i am thinking of is that....learn mathematics and science in english is more of having the knowledge NOT of passing the exam. Those who AGREE of Stopping the PSSMI are those who look into this matters as difficulties in passing exams. THAT'S WRONG !!!!
Why do we focus in passing exam whereas we do not even understand the subects. This is the matter that i think the ministry should look into.

Thursday, June 11, 2009

PPSMI - Mathematics

Bimbang tentang keputusan PPSMI.....diteruskan atau dimansuhkan ? Pada pendapat saya teruskan sahaja dan ditambahbaikkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajarannya. Jika dimansuhkan yang rugi.....guru yang telah pergi berkursus dengan meninggalkan anak yang masih kecil semasa menghadiri kursus EteMs tempohari walaupun tak rugi ilmu yang diperolehi. Kedua, kerajaan yang telah berbelanja berbilion ringgit walaupun ilmu yang guru perolehi memang diakui bermanfaat ( tidak kira apa ILMU yang diberi pada saya memang bermanfaat waima kalau ada ilmu ketawa pun pasti memberi faedah). Ketiga, pelajar yang telah mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris, masakan separuh jalan dan akan dimansuhkan. Tiada ilmu yang tidak penting semuanya penting, berfaedah dan bermanfaat. Cuma kadang kala ianya dilihat dari sudut negatif.
Ada yang risau bahasa melayu dipinggirkan. Pelik ! Kenapa ini yang di highlight kan. Bagaimana dengan papan tanda kedai yang menggunakan bahasa selain daripada bahasa melayu terpampang besar di atas kedai, di billboard highway, media cetak dan elektronik, brosur barangan, menu makanan di kedai fast food, dokumen perjanjian yang memang dimonopoli dengan bahasa inggeris dan ada lagi..... Oh, itu perkara lain mungkin. Iklan di media elektronik perlu didalam bahasa inggeris kerana penontonnya perlbagai, dokumen perjanjian kerana bahasa inggeris lebih tepat maksudnya....HAH ! Lihat kita sendiri mengakuinya tepat dan padat maknanya...straight to the point. Tapi jika mengenai sesuatu yang bersangkut paut dengan pendidikan yang nyata terang lagi disuluh semua mata nampak. Begini sahajalah.....jika perjuangan untuk menegakkan bahasa melayu hanya setakat sibuk kepada subjek matematik dan sains, saya sebagai seorang guru dan ibu kepada tiga orang anak yang masih kecil dan yang sulung akan memasuki darjah satu tahun hadapan dan tinggal dikawasan yang boleh dikategorikan luar bandar dan mungkin hampir ke bandar, saya merasakan satu ketidakadilan kepada saya dan anak-anak saya.
Mereka yang kebanyakkannya telah melalui zaman sekolah aliran inggeris mungkin tiada pilihan maka terpaksa hadapi pembelajaran di zaman itu dengan perasaan terpaksa.......tapi lihat hasilnya sekarang, mereka yang bersekolah di aliran inggeris berjaya malah ada yang bergelar jutawan , jawatan CEO, COO , director, managing director etc. Apakah pada zaman dulu itu boleh mengeluh seperti di zaman ini ? Jangan suka ingin berada di zon selesa sepanjang masa. Ekoran daripada sikap ini akan memusnahkan masa depan generasi anak-anak saya dan mungkin kanak-kanak yang lain. Mereka yang berjawatan hebat di firma-firma swasta mahupun kerajaan menuntut di universiti dalam atau pun luar negara. Fasih berbahasa inggeris, hebat penulisan lapuran bila diminta membuat kertas kerja. Perasaan bangga pasti menyelubungi jiwa ! Bukanlah saya ingin menidakkan kepentingan bahasa melayu, sekarang ini pun saya menulis dengan bahasa melayu. Bercakap di rumah seratus peratus bahasa melayu. Bahasa inggeris bila waktu pertuturannya ? Kadang kala. Rugi rasanya kerana anak-anak kurang respon apabila saya cuba berbicara dalam bahasa inggeris. Namun , saya pasti di sekolah kelak, tiada pilihan untuk anak-anak untuk tidak menguasainya. Tapi terhad untuk 3 subjek , bahasa inggeris, matematik dan sains, itu pun setakat mempelajari terma-terma dan tatabahasa dan perbualan mungkin untuk tempoh 150 minit maksima seminggu disekolah. TApi itu sudah mencukupi daripada tiada langsung peluang. Untuk menghadiri kelas tuition bahasa inggeris, perlukan kewangan yang mencukupi, jika seorang memerlukan RM 30 mungkin, bagaimana untuk yang mempunyai anak seramai 3 orang. Itu belum lagi dikira perbelanjaan wajib yang lain. Justeru itu jika sudah diberi peluang percuma untuk mempelajari , mendalami dan menguasai bahasa inggeris di sekolah, sekolah kerajaan pula, yang lengkap dengan buku teks, CD Rom, perpustakaan yang lengkap terisi pelbagai buku, apalagi yang perlu dirungutkan.
Jikalau ada pihak-pihak yang masih menentang PPSMI, berikan buah fikiran yang bernas bagaimana untuk menyediakan generasi anak-anak kecil masa kini dengan cabaran yang boleh mendewasakan mereka dengan ilmu yang bermanfaat. Setidak-tidaknya mereka tidak mengambil jalan selesa dengan merempit. Saya melihat gejala merempit ini tiada kaitan dengan kebosanan atau kegagalan mereka terhadap PPSMI, ianya lebih kepada sikap diri, ada yang terikut, tiada hala tuju hidup, kebosanan di rumah, kebebasan yang dicari memerangkap diri.

Tuesday, April 24, 2007

MATHEMATICS

Percaya atau tidak....belajar matematik suatu perkara yang menyeronokkan. Percayalah. Mengapa saya kata begitu? Tiada perkara yang perlu dihafal....cuma banyak buat latihan saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...